AKSI Liga M3 hampir ke penghujung musim ini dengan menyaksikan PIB FC dan KL Rovers berjaya menempah tiket ke final yang bakal berlangsung 24 September ini.

Pada aksi penentuan malam ini, PIB FC mara ke perlawanan akhir selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Imigresen FC (agregat 3-1).

Gol tunggal pelawat dijaringkan oleh Hadi Mohamad m-30.

Manakala satu lagi  aksi separuh akhir menyaksikan BRM FC mengikat KL Rovers dengan keputusan seri 2-2.

Shafiq Shaharudin membuka akaun jaringan m-15 tetapi disamakan kedudukan oleh tuan rumah menerusi Zhafir Yusoff m-57.

Faizal Hafiq kembali meletakkan KL Rovers di depan tujuh minit berselang sebelum Nuriqmal Tumin berjaya mengikat pada penghujung aksi.

Namun KL Rovers yang dibimbing Zamri Hassan mengesahkan slot ke final menerusi jaringan gol di tempat lawan.