KETIKA tumpuan peminat tempatan terarah kepada pertembungan sengit saingan Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim di Likas, jangan kita lupakan juga kepada perlawanan final Piala AFF B-19 di Indonesia.
Skuad muda Malaysia B-19 akan berhadapan Laos B-19 dalam penentuan kejuaraan edisi 2022 selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.
Jika diimbas semula saingan Kumpulan B, negara tidak begitu konsisten untuk melepasi halangan ke fasa seterusnya apabila hanya memungut tujuh mata dalam empat aksi, dua kali menang, sekali seri, dan sekali kalah.
Semasa perlawanan terakhir kumpulan, anak buah Hassan Sazali Mohd Waras tewas 0-1 dan tidak mempamerkan permainan ‘ganas’ bak Harimau Malaya.
Bagaimanapun, Malaysia miliki catatan unik seiring perjuangan mereka ke melangkah pentas final.
Malaysia B-19 menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mencapai ke final dalam empat edisi berturut-turut iaitu bermula tahun 2017, 2018, 2019, dan 2022.
Manakala, bagi tahun 2020 dan 2021 tidak ada kejohanan kategori B-19 disebabkan Covid-19.
Rekod dilakar itu jauh lebih bagus berbanding Thailand yang kali terakhir mencapai final pada edisi 2017 sekaligus juara.
Dari tiga aksi final terdahulu, Malaysia menyandang juara pada edisi 2018. Ketika itu, Harimau Malaya menang 4-3 ke atas Myanmar.
Mara ke final Piala AFF dalam empat edisi berturut-turut bukanlah satu kebetulan walaupun dibarisi skuad yang berbeza.
Perkara ini sudah tentu dicapai dengan perancangan yang matang dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bijak mencari dan mengolah bakat-bakat muda.
FAM yang diterajui Datuk Hamidin Mohd Amin dilihat cukup konsisten mencari dan membawa masuk pemain-pemain muda dari kelab liga tempatan dan akademi.
Malahan, kerap kali ke pentas akhir merupakan perkara biasa dan menyuntik motivasi para pemain.
Ayuh, jangan lupa bagi semangat tidak kiralah di mana anda berada. Zahirkan sokongan tidak berbelah bahagi buat adik kita yang dalam misi menjulang nama bola sepak di pentas Asia Tenggara.
Buktikanlah pada malam ini dengan bergelar juara.
Malaysia Boleh !
FAM Boleh !!
INFO PERLAWANAN