TAHUKAH anda penjaring terbanyak tempatan sepanjang kempen Piala FA musim ini didominasi dua pemain yang memimpin pasukan ke final.

Arif Aiman Hanapi dari Johor Darul Ta’zim dan Faisal Abdul Halim Terengganu FC masing-masing meledak tiga gol.

Ini membuktikan kelibat anak tempatan mampu bersaing secara sihat dengan penyerang asing di pentas Piala FA.

Manakala, rakan sepasukan Faisal, Faiz Nasir turut bergaya dengan sumbangan dua gol.

Namun begitu, Fernando Forestieri terus gah sebagai penggempur sensasi kejohanan menerusi enam gol yang menggegar gawang lawan.

Bagaimana pula dengan aksi mereka menjelang pertemuan pada Sabtu ini yang mungkin dibanjiri lebih 80,000 peminat serta jutaan menonton menerusi menerusi Youtube Unifi.

Adakah kelibat Arif Aiman yang mampu menyerlah atau Faisal Halim yang lebih menyengat ?

Kita tunggu detik perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti !