NO COMMENTS! Ringkas dan padat kenyataan dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menghadiri sidang media menjelang perlawanan akhir Piala FA antara JDT menentang Selangor, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini.

Perang psikologi dilancarkan JDT itu cukup menyerlah sebaik pintu bilik sidang media terbuka, apabila Penolong Jurulatih, Jose Lopez dan pemain yang banyak memanaskan bangku simpanan JDT sepanjang musim ini, Junior Eldstal dihantar mewakili kelab dari selatan tanah air itu, bukannya Ketua Jurulatih Hector Bidoglio dan kapten pasukan, Jordi Amat.

JDT menghantar Penolong Jurulatih, Jose Lopez dan pemain yang banyak memanaskan bangku simpanan, Junior Eldstal ke sidang media Perlawanan Akhir Piala FA 2024.

“Boleh berikan ulasan sempena perlawanan akhir esok?

“Tiada, saya tiada apa-apa yang ingin diperkatakan!”

Beberapa kali soalan diajukan wartawan dalam sidang media itu, dijawab dengan jawapan yang sama daripada Lopez dan Eldstal.

JDT dan Selangor akan berentap di final Piala FA edisi ke-34.

JDT melangkah ke final Piala FA, selepas menewaskan Kedah Darul Aman dengan agregat 5-1, manakala Selangor ke final dengan mengatasi Terengganu dengan agregat 6-4.