MESKIPUN tanpa enam tonggak utama, Erik ten Hag menegaskan pasukannya, Manchester United akan beraksi dengan sehabis baik untuk meraih kemenangan dalam perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Dalam masa yang sana, MU juga tekad untuk menghalang sebarang cubaan dari lawannya, Manchester City dalam memastikan MU menjadi juara untuk sesi 22/2023 kali ini.

Erik juga mengharapkan agar kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain seperti Donny van de Beek cedera dilutut sejak awal Januari dapat pulih dengan segera walaupun masa depannya bersama MU masih belum ditentukan.

Donny ven de Beek

Berbeza dengan pemain Lisandro Martinez yang mengalami kecederaan di kaki pada bulan April lalu menjadikan perlawanan akhir ini terlalu awal untuk dia beraksi selama tempoh yang diambil untuk beraksi.

Lisandro Matinez

Ketiadaan enam pemain utama MU antaranya telah disingkirkan daripada perlawanan akhir Piala FA dan tidak mempunyai kecergasan yang memuaskan untuk beraksi dengan baik.

Oleh itu, pasukan The Red Devils juga perlu memastikan mereka berada di tahap yang baik untuk menghalang pasukan Pep Guardiola walaupun tidak mempunyai barisan utama untuk dipilih bermain di Stadium Wembley.

Tonggak MU, Raphael Varane, percaya pasukannya berada di landasan yang betul untuk memenangi Piala FA. Dia percaya Red Devils kini mempunyai mentaliti untuk bersaing dalam perebutan kejuaraan.

Varane, yang telah lama bermain di Real Madrid, cuba menghantar mentaliti kemenangannya kepada MU. Pemain pertahanan Perancis itu sebelum ini memenangi keseluruhan 18 kejuaraan ketika mempertahankan Real Madrid.

“Saya belajar banyak dan ia banyak membantu saya. Kami mahu meningkat dan berada di puncak bersama United. Apabila anda mula menang, anda boleh mengubah mentaliti anda dan lebih bersedia untuk memenangi lebih banyak trofi dan trofi terbesar.

“Kami perlu bersikap positif. Kami berada di jalan yang baik, tetapi perkara yang paling penting ialah percaya,” kata Varane seperti yang dipetik oleh Mirror.