PENGENDALI Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner akui walaupun skuadnya tidak mempunyai pemain bintang seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), namun mereka tetap optimis untuk menjulang piala berprestij Piala Malaysia 2023 pada Jumaat.
Sang Penyu yang dalam situasi dahagakan kemenangan ingin memastikan piala tersebut dapat diraih oleh kerana sekian hampir 22 tahun tidak berjaya merampas semula gelaran juara Piala Malaysia.
Kali terakhir adalah pada tahun 2001 merupakan kenangan manis buat mereka kerana sentuhan daripada ketua jurulatih ketika itu, Mat Zan Mat Aris telah membenarkan skuad tersebut membenam pasukan lawan, Perak FC di pentas akhir perlawanan.
Mungkin pada tahun ini, percaturan yang bijak dan keyakinan tinggi oleh Tomislav bakal melakar satu kejutan buat pasukannya sejurus mengejutkan Harimau Selaatan selaku juara Piala Malaysia tahun lalu.
“Perlawanan ini sangat penting dan saya berjanji dengan semua penyokong Terengganu yang kita akan bekerja keras untuk memberi aksi maksimum dalam pertarungan esok.
“Saya yakin kita akan membawa pulang trofi buat Terengganu dengan menepis segala cabaran daripada pemain JDT yang berkualiti dan kita tahu corak permainan yang harus ditafsikan dalam padang esok.
“Tetapi jika pihak lawan terus memberi ancaman dan menyerang kubu kita pada esok, kita akan buat cara ‘parking bas’ untuk mempertahankan gawang gol Terengganu,” ujarnya dalam sesi sidang media.