TIGA calon untuk anugerah Pemain Terbaik Fifa 2022 telah diumumkan. Mereka adalah Karim Benzema, Lionel Messi dan Kylian Mbappe.
Benzema telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang 2021/2022. Penyerang Perancis itu memberi inspirasi kepada Real Madrid untuk memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara selepas menjaringkan 44 gol serta 15 bantuan gol dalam semua pertandingan.
Biarpun gagal beraksi di Piala Dunia 2022 akibat kecederaan, kemungkinan Benzema akan merealisasikan impiannya bermula setahun. Penyerang berusia 35 tahun itu berpeluang ‘mengahwinkan’ trofi Pemain Terbaik Fifa 2022 dengan Ballon d’Or, yang dimenanginya Oktober lalu.
Sementara itu, Messi mungkin pemain kegemaran untuk memenangi anugerah ini. Bintang Paris Saint-Germain itu mengetuai Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 di Qatar.
#TheBest FIFA Men's Player Award finalists 🔥 pic.twitter.com/7tslWwWzkO
— B/R Football (@brfootball) February 10, 2023
Messi menjaringkan enam gol dan tiga bantuan dalam tujuh perlawanan Argentina untuk menjulang trofi ketiga dalam sejarahnya. Dengan gelaran itu, Messi dianggap sudah ‘selesai bola sepak’ kerana telah memenangi semua trofi yang ada di peringkat kelab dan antarabangsa.
Finalis Pemain Lelaki Terbaik Fifa 2022 ketiga ialah Kylian Mbappe. Superstar bola sepak Perancis ini tampil luar biasa dengan 39 gol dan 26 bantuan untuk PSG musim lalu walaupun dia hanya memenangi pingat kejuaraan Ligue 1.
Mbappe juga mempamerkan aksi cemerlang selepas menjaringkan lapan gol dan dua bantuan untuk membawa Perancis ke final Piala Dunia 2022. Mbappe terpaksa berpuas hati dengan status naib juara walaupun menjadi penjaring terbanyak kejohanan itu.
Pemenang Pemain Terbaik Fifa 2022 akan diumumkan pada majlis yang akan diadakan di Paris pada 27 Februari 2023. Robert Lewandowski dan Cristiano Ronaldo telah memenangi paling banyak anugerah ini.