FINALISSIMA antara Sepanyol dan Argentina dilaporkan akan diadakan di Amerika Syarikat (AS) tahun depan. Perlawanan Finalissima adalah pertarungan antara juara Euro dan juara Copa America.

Sepanyol, yang memenangi Euro 2024, akan menentang Argentina, yang memenangi Copa America 2024.

La Roja berjaya menjadi juara Eropah selepas mengalahkan England 2-1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Olympia, Berlin, pada Isnin.

Sementara itu, Argentina berjaya mempertahankan kejuaraan Copa America selepas menewaskan Colombia 1-0 pada perlawanan akhir penuh dramatik Copa America 2024 di Stadium Hard Rock, Amerika Syarikat, pagi Isnin.

Image

Lautaro Martinez mungkin boleh disenaraikan penerima Ballon d’Or.

Keputusan ini bermakna Argentina akan menentang Sepanyol di Finalissima. Media Argentina, La Nacion berkata, pertembungan Sepanyol menentang Argentina mungkin diadakan di AS tahun depan.

“Tarikh dan lokasi perlawanan masih belum dijadualkan. Tempat perlawanan masih belum diketahui, walaupun ada kemungkinan perlawanan itu akan diadakan di Amerika Syarikat kerana edisi sebelum ini diadakan di England,” kata laporan itu.

Pada 2022, Argentina berjaya memenangi Finalissima selepas menewaskan Itali 3-0 di Stadium Wembley, England. Gol-gol Albiceleste dijaringkan oleh Lautaro Martinez, Angel Di Maria dan Paulo Dybala.

Image

Tidak lama dahulu, gambar Lamine Yamal sedang dimandikan oleh Lionel Messi menjadi viral di media sosial.

Jika masih aktif bermain, Lionel Messi berpeluang bertemu bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, di Finalissima.

Lamine Yamal, yang telah mencuri tumpuan bersama Barcelona, ​​​​berpeluang bersemuka dengan pemain pujaannya, Lionel Messi.