PENYERANG Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri masih mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super, diikuti tujuh pemain yang masing-masing mencatat empat gol.
Malah, paling membanggakan apabila anak tempatan, juga pemain JDT, Arif Aiman Hanapi muncul penjaring kedua terbanyak setakat ini.
Walaupun saingan liga belum lagi panas, Forestieri kini memiliki peluang cerah untuk meraih gelaran Kasut Emas buat kali pertama berdasarkan prestasi cemerlang skuad Harimau Selatan pada kempen kali ini.
Berikut adalah senarai penjaring saingan Liga Super selepas tujuh perlawanan.
7: Fernando Forestieri (JDT)
4 : Arif Aiman Hanapi, Diogo, Juan Muniz (JDT), Ayron del Valle (Selangor), Kpah Sherman, Stefano Brundo (Sri Pahang), Park Tae-Su (Sabah)