PEMILIK Liverpool, Fenway Sports Group (FSG), sedang mempertimbangkan untuk menjual The Reds. Syarikat Amerika Syarikat (AS) itu telah berkuasa di Anfield selama 12 tahun.
FSG membeli Liverpool daripada George Gillett dan Tom Hicks dan syarikat AS yang dimiliki oleh John W. Henry telah membelanjakan £300 juta untuk memperoleh pemilikan kelab Merseyside.
Liverpool di bawah FSG mengalami transformasi yang luar biasa. Juergen Klopp telah diambil sebagai pengurus The Reds pada 2015 dan membawa kejayaan yang luar biasa kepada pasukan.
Liverpool telah memenangi sejumlah lapan trofi setakat ini dalam era pemilikan Fenway Sports Group. Bermula dari Liga Juara-Juara hingga menamatkan kemarau gelaran Liga Perdana Inggeris.
Kejayaan ini melonjakkan penilaian Liverpool. Laporan Forbes pada Mei 2022 mengatakan The Reds kini mempunyai nilai jualan sebanyak £3.89 bilion !
Angka ini 10 kali ganda lebih tinggi berbanding semasa FSG memperoleh Liverpool pada 2010. Beberapa pihak kini berminat untuk membeli Liverpool dan FSG didakwa sedang mempertimbangkan tawaran yang akan datang.
🚨 EXCLUSIVE: Liverpool have been put up for sale by Fenway Sports Group. Sale deck has been produced for interested parties. Goldman Sachs + Morgan Stanley assisting evaluation process. Unclear if deal gets done but FSG inviting offers @TheAthleticFC #LFC https://t.co/hdmPKeb1ec
— David Ornstein (@David_Ornstein) November 7, 2022
Memetik laporan The Athletic, FSG membuka peluang kepada pihak lain untuk membeli Liverpool. Gergasi perbankan pelaburan Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah diupah untuk membantu proses tersebut.
“FSG telah kerap menerima kenyataan kepentingan daripada pihak ketiga yang ingin menjadi pemegang saham di Liverpool.
“FSG telah menyatakan sebelum ini bahawa di bawah terma dan syarat yang betul kami akan mempertimbangkan pemegang saham baharu jika ia demi kepentingan terbaik Liverpool sebagai sebuah kelab” tulis FSG dalam laporan The Athletic.