PASUKAN GAMESMY Kespoc dari Kelantan meraih gelaran juara Kejohanan MLBB State yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 selepas berjaya menewaskan wakil daripada negeri Johor.

GMY Kespoc disertai Wan Aidil Hakim Din, Wan Aidil Amin Wan Azhar, Muhammad Azrul Izani, Ahmad Zaim Faezi Fauzi dan Muhd Hakimi Ramzi Muhd Mahyudin membawa pulang piala kejohanan, medal, enam set kepala jenama iinvictor dan wang tunai bernilai RM5,000.

Tempat kedua pula di menangi oleh pasukan Johor yang membawa pulang medal dan wang tunai RM3,000 manakala tempat ketiga milik pasukan Sabah yang menerima medal dan wang tunai RM2,000 dan tempat keempat pula yang menerima medal dan wang tunai RM1,000 menjadi milik pasukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penolong Pengarah Unit eSports Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Rafidah Abu Bakar menyifatkan penganjuran Kejohanan Esport bersempena Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini sangat meriah dan signifikan memandangkan penglibatan peserta yang sangat menggalakan dalam semua acara yang dipertandingan termasuklan peserta-peserta dari luar negara.

Ini membuktikan sukan eSports semakin mendapat tempat dikalangan peminat tempatan dan juga Malaysia turut menjadi tumpuan negara luar dalam kejohanan yang semakin popular ini.

“Tahun ini adalah penganjuran HSN kali ke-8, dan penganjuran kali ke-5 bagi Kejohanan eSports HSN. Kelainan yang kami cuba bawakan pada tahun ini adalah melalui penglibatan lapan negara ASEAN untuk kategori eFootball yang bertujuan untuk mempromosikan HSN ke peringkat antarabangsa disamping membantu pembangunan eSports negara.

“Saya mengharapkan semua yang terlibat sepanjang kejohanan ini dapat pengalaman baru serta menambah ‘networking‘ mereka dalam dunia eSports ini untuk mereka lebih terkehadapan di masa akan datang.

“Saya juga mengharapkan agar pada tahun depan kita akan teruskan lagi inisiatif ini bukan sahaja untuk eSports malah untuk sukan yang lain juga,” katanya.

Turut dipertandingakan dalam kejohanan selama tiga hari itu adalah acara eFootball Terbuka, PUBG Trrbuka, MLBB Terbuka dan eFootball Asean.

Hadiah kepada para pemenang telah di sampaikan oleh Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Sabran Abd Bahar sambil diringi oleh Presiden Persatuan Sukan Elektronik Putrajaya, Syed Fakrurozi  Syed Agi.

Berikut adalah senarai nama pemenang-pemenang :

Acara eFootball Terbuka :

Pertama : Medal & RM1,000 MUHAMMAD AIMAN NAIM

Kedua : Medal & RM700 *SYAHMI HAIMAN*

Ketiga : Medal & RM400 *BILAL ISHAK*

Keempat : RM100 *MUHAMMAD REDZWAN ADHA*

 

Acara PUBGM Terbuka :

Pertama : Medal & RM3,000 *DONT BREAK DREAMS*

Kedua : Medal & RM2,00 *WBB MELX*

Ketiga : Medal & RM1,000 *RAGE UNLEASHED CLASICOS*

Keempat: RM700 *HOMEGIRLS*

 

Acara MLBB Terbuka :

Pertama : Medal & RM3,000 *MONSTER VICIOUS*

Kedua : Medal & RM2,000 *KILLERBOY*

Ketiga : Medal & RM1,000 *RELLE HYRYZ*

Keempat : RM700 *PILO ESPORT*

 

Acara MLBB Negeri :

Pertama : Medal, Piala, 6 Headset iinvictor & RM5,000 *KELANTAN*

Kedua : Medal & RM3,000 *JOHOR*

Ketiga : Medal & RM2,000 *SABAH*

Keempat : RM1,000 *LABUAN*

 

Acara eFootball SEA :

Pertama: Medal, Piala, 2 Headset iinvictor & USD1,500 *THAILAND*

Kedua : Medal & USD1,000 *INDONESIA*

Ketiga : Medal & USD600 *VIETNAM*

Keempat : USD400 *MALAYSIA*