PINGAT gangsa hadir menerusi skuad gimnastik artistik kebangsaan yang mengakhiri kempen kejohanan
Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Olimpik, pada Selasa.
Pencapaian ini nyata sedikit melegakan jurulatihnya, Ng Shu Liang yang melihat jurang antara atlet negara dan gimnas dari Vietnam serta Filipina tidak begitu jauh.
Dia juga memuji persembahan Ally, walaupun pertama kali bertanding di Sukan SEA selepas bersama pasukan sejak lima bulan lalu.
“Saya gembira dengan mereka, empat orang masuk final semua dapat bawa balik pingat ke Malaysia, kita memang tidak sangka akan dapat pingat dalam acara individu kerana ada pencabar hebat Carlos Yulo dari Filipina dan gimnas berpengalaman dari Vietnam,” katanya di sini.
Empat gangsa masing-masing disumbangkan Muhammad Sharul Aimy dalam acara kekuda berpelana, Ally Hamuda Abdullah (gelang roman), Ng Chun Chen (palang sejajar) dan Luqman Al Hafiz Zulfa menerusi acara palang tunggal.