DALAM acara sukaneka kadang-kadang ada pertandingan bola sepak atau bola jaring dengan pelbagai gaya lucu.
Salah satunya pemain perlu memakai kain pelikat atau pun kain batik.
Ia digelar permainan bola jaring kampung dan peraturan permainannya agak longgar dari kebiasaan.
Tidak tertakluk hanya kepada kaum lelaki untuk bermain, yang perempuan juga dibenarkan dalam sesetengah acara.
Sama seperti dalam beberapa keping foto dari Twitter Selangor Penyayang @Kita_Selangor yang telah mencuri perhatian ramai ini.
“Berkain batik dan bermain bola jaring? Tak ada masalah! Tangan ini yang menggoncang dunia, tangan ini juga yang menjaringkan bola ke dalam jaring. Tak ada apa yang dapat menghalang,” menurut ciapan itu pada Ahad.
Program Jelajah Selangor Penyayang (Hulu Langat) itu telah berlangsung di Padang Taman Kosas, Ampang.