NASIB Jurgen Klopp boleh terjadi seperti Thomas Tuchel di Chelsea. Lebih-lebih lagi, statistiknya pada permulaan musim ini lebih teruk berbanding musim lalu Brendan Rodgers di Liverpool.

Bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy percaya sama ada Steven Gerrard atau Xabi Alonso akan menjadi pengurus The Reds selepas ‘penyingkiran’ Jurgen Klopp.

Gerrard kini mengetuai Aston Villa selepas memenangi Liga Perdana Scotland bersama Rangers. Manakala Alonso baru dilantik sebagai jurulatih Bayer Leverkusen.

“Saya rasa Steven Gerrard atau Xabi Alonso berpeluang melatih Liverpool.

“Saya tidak fikir mana-mana daripada mereka mungkin telah membuktikan diri mereka untuk menjamin itu. Saya juga tidak fikir ada peminat Liverpool di planet ini yang terfikir untuk menggantikan Klopp, walaupun permulaan kelab yang suram pada musim ini.

“Ini adalah musim penting Stevie di Villa untuk menunjukkan kapasitinya dan menerapkan gaya permainannya.

Setakat ini, dia tidak menunjukkan kestabilan di kelab,” kata Murphy yang kini bekerja sebagai pengulas.

Sementara itu, Alonso pula dalam tempoh perkembangan kerjaya kejurulatihannya.

“Dia memberikan kemenangan pertama yang hebat bersama Leverkusen walaupun kekalahan pasukan di tempat sendiri kepada Porto dalam Liga Juara-Juara.

“Tetapi dari segi status di kalangan penyokong Liverpool dan legasi yang mereka tinggalkan, adalah tidak masuk akal untuk tidak menyangka bahawa salah seorang daripada mereka boleh berada di bilik persalinan Anfield suatu hari nanti,” ujarnya.

Kontrak Klopp di Liverpool akan berakhir sehingga Jun 2026. Bagaimanapun, jurulatih Jerman itu berpeluang mencuba kerjaya pengurusan antarabangsa, salah satunya dikaitkan dengan jawatan bos pasukan kebangsaan England.