STEVEN Gerrard kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi pengurus baharu kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq.

Laporan mengatakan, Al-Ettifaq telah membuat tawaran kepada pemain lagenda Liverpool itu selepas Gerrad tidak lagi menjadi pengurus Aston Villa.

Bekas pemain tengah itu dilaporkan masih lagi membuat membuat sebarang keputusan dan masih dalam proses pertimbangan dengan tawaran tersebut.

Kelab bola sepak Liga Pro Saudi bermula dengan langkah agresif dengan memikat Cristiano Ronaldo dan seterusnya Karim Benzema untuk bermain bersama kelab Al-Nassr dan Al-Ittihad.

Terbaharu, dilaporkan mereka juga menyatakan keinginan mereka terhadap pemain Brazil, Neymar dan pengurus Jose Mourinho namun tidak berjaya memikat Lionel Messi yang memilih untuk bersama kelab Inter Miami.

Sebelum ini, Gerrard telah menjadi pengurus untuk kelab Rangers dan Villa dalam jangka masa yang sekejap dan tawaran untuk berpindah ke Arab Saudi adalah perkara yang mengejutkan yang kemungkinan tawaran besar tersebut bakal mempengaruhi keputusannya.

Gerrard bersama pasukan lamanya, Aston Villa

Bagaimanapun, Gerrard perlu membuat keputusan demi kariernya sebagai pengurus dan mungkin melihat Arab Saudi adalah destinasi dia yang seterusnya.