AL Ettifaq adalah salah satu kelab yang dikatakan berminat untuk merekrut Mason Greenwood. Bagaimanapun, jurulatih kelab Steven Gerrard menafikan sekeras-kerasnya.

Grenwood pastinya tidak akan meneruskan kariernya sebagai pemain Manchester United. Keputusan ini diambil bersama kelab itu selepas siasatan kes ganas yang melibatkan teman wanita Greenwood diadakan.

Greenwood sebenarnya didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana bukti yang dilampirkan tidak cukup kukuh. Greenwood dan teman wanitanya kini mempunyai bayi.

MU mempunyai 10 hari untuk melepaskan Greenwood kepada kelab yang berminat untuk nilai yang mereka inginkan. Jika dijual, hasilnya akan didermakan kepada misi kemanusiaan.

Image

Tetapi, jika tidak, maka kontrak Greenwood akan ditamatkan. Beberapa kelab Eropah dan Arab Saudi dilaporkan berminat dengan Greenwood.

Salah satunya ialah El Ettifaq yang kini dilatih oleh Gerrard. Walaupun memenangi dua perlawanan pertama Liga Arab Saudi, El Ettifaq sememangnya memerlukan tenaga baharu di barisan serangan yang baru diisi oleh Moussa Dembele.

Kehadiran Greenwood sudah tentu boleh menjadikan barisan serangan El Ettifaq lebih tajam. Namun berita ini segera dinafikan oleh Gerrard yang melabel sebagai berita palsu.

“Berita palsu!,” kata Steven Gerrard sambil memuat naik coretan artikel itu dalam Daily Mail menerusi akaun Instagramnya.