HONDA Asia-Dream Racing bersama pelumba SHOWA, Gerry Salim teruja untuk menunggang di Litar Antarabangsa Sepang dalam Pusingan 2 Kejuaraan FIM Asia Road Racing (ARRC) bermula pada Sabtu.
Penunggang ASB1000 yang tangkas itu telah mengumpul pengalaman dari pelbagai platform antarabangsa namun menunggang di ARRC terbukti menjadi ‘permainan’ yang sama sekali berbeza untuk Gerry. Ia bukanlah detik terbaik Gerry di Pusingan 1 kerana bergelut dengan rentaknya.
Gerry menghuni tempat ke-8 dan ke-9 masing-masing dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2.
Mengulas mengenai perlumbaan dalam Pusingan 1, Gerry berkata : “Ia bukanlah perlumbaan yang memuaskan bagi saya kerana menghadapi masalah dengan persediaan Honda CBR1000RR R, yang mana satu daripadanya boleh diurus dengan lebih masa pusingan.
“Cabaran saya untuk Pusingan 2 ialah merapatkan jurang antara pelumba yang mendahului kumpulan. Saya berhasrat untuk mengambil beberapa petunjuk daripada rakan sepasukan saya, Zaqhwan yang lebih biasa dan berpengalaman dengan litar. Saya tidak sabar untuk meningkatkan prestasi saya pada Pusingan 2.”
Pengurus pasukan, Makoto Tamada berkata, pasukan sedang mengusahakan tetapan jentera untuk memastikan keselamatan menjadi keutamaan manakala kelajuan mencapai sasaran.
“Strategi kami direka untuk meningkatkan prestasi pelumba dan untuk mencapai hasil terbaik. Kami akan merangka strategi dengan lebih ampuh setelah kami menerima data yang berkaitan,” ujarnya.