PENYERANG kontroversi Sabah FC, Jose Alberto Djalo Embalo memberitahu kritikan segelintir penyokong Sabah FC mengenai prestasi hambarnya kerana gagal menjaringkan gol adalah sesuatu yang normal.

Ia susulan kegagalan Embalo menggegar gawang lawan dalam beberapa perlawanan berturut-turut. Malah pemain kelahiran Portugal berusia 29 tahun ini juga  memahami kegusaran penyokong berkaitan dengan kurangnya konsisten kerana dia juga merupakan seorang peminat sebuah kelab bola sepak lain.

“Saya sangat memahami ini. Ia normal apabila anda sebagai penyerang, anda tidak jaringkan gol untuk beberapa gol, ia normal. Saya okey, saya yakin saya boleh lakukan lebih banyak lagi. Gol akan datang pada masa yang tepat.

Sesi latihan akhir seebelum saingan suku akhir Piala FA pada Sabtu.

“Inilah semangat untuk pasukan, ia adalah bola sepak. Jika anda tidak mendesak pemain, ia tidak bermakna mereka tidak sayangkan pasukan.

“Jadi apabila anda nampak setiap sisi pasukan, ia sangat penting, jadi saya sangat memahami kerana saya juga merupakan penyokong untuk sebuah kelab.

“Perkara paling penting adalah kami bersedia. Jika jurulatih perlukan kami boleh bantu, jadi kita harap kita boleh layak ke separuh akhir ,” jelasnya kepada FLASH SUKAN selepas sesi latihan Sabah FC.

Pemain-pemain Sabah FC menjalani latihan akhir menjelang perlawanan suku akhir Piala FA esok.

Sementara itu, kecederaan yang dialaminya di bahagian buku lali dalam perlawanan sebelum ini telah pulih sepenuhnya namun menyerahkan kepada jurulatih untuk memutuskan samada dia layak untuk diturunkan atau tidak.

“Saya pulih sangat pantas. Dalam dua hari saya kembali pulih dari masalah kecederaan jadi saya okey,” kata penyerang tersebut.

Bagi Embalo, fokusnya adalah hanya  membawa Sabah FC ke peringkat separuh akhir tanpa terlalu memikirkan tentang kekuatan pasukan lawan yang bakal ditempuh.