PEMAIN  sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi membuktikan ketajamannya di bahagian penyudah apabila menewaskan Lokomotiv Moscow menggegar sehingga koyak jaring.

Pemain berusia 21 tahun itu menunjukkan umur bukanlah segalanya dengan berjaya  membentuk kombinasi tiga serangkai  bersama Bergson dan Fernando Forestieri di samping Juan Muniz bagi mengetuai jentera serangan.

Jaringan Arif Aiman terus mendapat perhatian ramai setelah dia membuat satu larian sebelum melepaskan satu rembatan mengelirukan lawan.

Gol tersebut pada awalnya kelihatan seperti tidak memasuki gawang kerana bola berhenti di bahagian luar namun hakikatnya terdapat kebocoran pada jaring gol tersebut.

Jaringan tunggal ini menyaksikan anak buah Solari mencatat kemenangan ke-3 berturut-turut dalam aksi pra-musim.

Mereka bakal berdepan gergasi Eropah, Zenit St Petersburg bagi aksi terakhir pra-musim 2023.