COVENTRY City mengejutkan Wolverhampton Wanderers 3-2 dengan dua gol masa kecederaan dalam perlawanan penuh dramatik dalam saingan Piala FA Inggeris di Stadium Molineux pada Sabtu ketika pasukan Liga Kejuaraan itu mara ke separuh akhir buat kali kedua dalam sejarah kelab.
Wolves kelihatan bersedia untuk berkunjung ke Wembley selepas Rayan Ait-Nouri membatalkan gol pembukaan Ellis Simms pada separuh masa kedua, dan Hugo Bueno kemudian meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-88.
Tetapi Simms menjaringkan gol kedua pada minit ketujuh masa kecederaan sebelum rakan sepasukan Haji Wright menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-10 masa kecederaan, melencongkan rembatannya ke sudut untuk membuatkan penyokong pasukan, kakitangan dan pemain-pemain Coventry sama-sama gembira.
Dua gol Simms menjadikannya pemain Coventry pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu kempen Piala FA sejak Keith Houchen pada 1986-87, tahun dimana Coventry memenangi Piala FA — trofi terbesar dalam sejarah 140 tahun kelab itu.
“Satu peristiwa yang hebat, peminat sangat mengagumkan dan kami sangat gembira. Saya sangat bangga dengan pasukan kami hari ini. Kami telah berusaha, dan walaupun ketinggalan 2-1 kami tidak pernah berputus asa,” kata Simms kepada ITV.
“Ia akan menjadi satu peristiwa yang hebat di Wembley. Kami mahu pergi sejauh boleh. Pusingan seterusnya akan menjadi sukar menentang pasukan teratas Liga Perdana Inggeris tetapi kami akan memberikan yang terbaik dan pergi dengan rasa berkobar-kobar.”
Delighted to progress into the @EmiratesFACup semi-final. Great team performance and happy to contribute with 2 goals. Away support was class👏🏽 The run continues! 🩵 pic.twitter.com/QLpHzQ7U1N
— Ellis Simms (@_ellissimms) March 16, 2024
Coventry mendahului pada minit ke-53 daripada sepakan percuma apabila Simms memasukkan bola ke dalam jaring, dengan gol dihadiahkan selepas pemeriksaan VAR yang panjang untuk melihat sama ada bola terkena tangan ketika pembentukan menuju ke gol.
Wolves, yang kehilangan Pedro Neto, Hwang Hee-chan, Matheus Cunha dan Jean-Ricner Bellegarde kerana kecederaan, telah memberikan sedikit ancaman sehingga Ait-Nouri menjarinkan gol pada minit ke-83 apabila Coventry gagal membuang bola hasil hantaran lintang.
“Kredit kepada pemain dan peminat, pemain memberikan segala-galanya dan Coventry bertemu kami pada hari di mana kami tidak mempunyai kekuatan sepenuhnya dan mereka dapat memanfaatkannya. Mereka berhak memenangi perlawanan itu,” kata pengurus Wolves Gary O’Neil kepada BBC.
“Kalah dalam suku akhir jelas sekali merupakan satu peluang yang terlepas, kami menghasilkan sebaik yang kami boleh hasilkan. Itu sahaja, pemain saya memberikan segala-galanya.”
Kemudian, lima minit kemudian, pemain gantian, Bueno meletakkan Wolves di hadapan dengan gol senior pertamanya, dan tiket ke separuh akhir kelihatan terjamin.
Tetapi Simms meraih gol keduanya di far post untuk memastikan Coventry bernyawa semula sebelum Wright menghantar peminat mereka ke dalam khayalan dengan menjaringkan gol kemenangan.
“Terdapat banyak kualiti di pihak kami dan selagi kami percaya dan terus mencuba, kami akan mengambil peluang kami,” kata Wright.
“Sungguh mengagumkan untuk sampai ke Wembley dan ia akan menjadi keseronokan untuk kita semua. Semoga kami dapat menikmatinya (hari ini) dan kemudian kembali bekerja.” — Reuters