FOTO : KDA FC
SRI Pahang FC (SPFC) gagal manfaatkan kelebihan di halaman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.
Babak pertama berlangsung rancak namun masing-masing kebuntuan jaringan sehingga berakhir 45 minit pertama permainan.
Perlawanan nampak seimbang antara kedua-dua pasukan lebih memihak kepada tuan rumah yang membuka tirai jaringan pada minit ke-62 hasil tendangan penalti yang disudahkan Stefano Brundo.
Anak buah Fandi Ahmad kelihatan meneruskan asakan pada separuh masa kedua, tetapi gagal dimanfaatkan apabila tiada sebarang gol tambahan dijaringkan termasuklah penalti kedua yang dimiliki dipersiakan oleh Lucas Silva m-86.
Kesempatan itu segera lantas diambil pemain gantian pelawat, Jonathan Balotelli yang berjaya menyelamatkan maruah KDA FC daripada tewas kali kedua musim ini apabila menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.