GOL pemain gantian PJ City FC, V. Ruventhiran pada minit ke-69 meranapkan hajat Kedah Darul Aman (KDA) FC meraih tiga mata pada pertemuan Liga Super di Alor Setar, sebentar tadi.

Kedah cuba mendominasi permainan tetapi benteng pertahanan pelawat lebih disiplin mengekang segala serangan sepanjang babak pertama.

PJ City telah beberapa kali memberikan tentangan. Bagaimanapun, serangan pasukan itu belum lagi berbahaya mengancam kubu Sang Kenari.

Sehingga separuh masa pertama tamat, kedua-dua pasukan masih belum dapat menjaringkan gol sehinggalah kemasukan Ruventhiran memisahkan kedua-dua pasukan.

Dia menyempurnakan jaringan dinanti-nantikan setelah menerima hantaran silang cantik daripada Mahalli Jasuli di sebelah kanan.

The Phoenix merakam kemenangan ke-4 liga dan kini memperoleh 20 mata selepas beraksi 19 perlawanan.