PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini membuat keputusan untuk mencalonkan gol jaringan dijaringkan Sean Selvaraj ketika menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super bulan lalu untuk bertanding dalam Anugerah Puskas 2022.
Perkara itu disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM pada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 pada 11 Ogos lalu menerusi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S.Sivasundram.
“Jawatankuasa mengesahkan untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022,” tulis kenyataan media itu.
Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM pada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang dipengerusikan oleh Dato' S. Sivasundaram pada 11 Ogos 2022 telah membincangkan beberapa perkara dan mencapai keputusan.
▶️ Baca penuh di https://t.co/3Yk7u5lIJj#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/pDp88bE01k
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 16, 2022
Gol kemenangan Negeri Sembilan FC yang dijaringkan Sean pada minit ke-88 itu mendapat perhatian seluruh dunia dengan FIFA turut berkongsi jaringan itu di media sosial rasmi mereka.
Jika terpilih, dalam Sean akan menjadi pemain kedua Malaysia yang memasuki senarai akhir Anugerah Puskas selepas Faiz Subri pada 2016 yang mana turut memenangi anugerah itu.