GOL kelas dunia Sean Selvaraj minit ke-88 semasa membantu Negeri Sembilan FC (NSFC) menewaskan Selangor FC 3-2 pada perlawanan Liga Super di Petaling Jaya pada Sabtu menarik perhatian ramai.

Ia bukan sahaja memberikan tiga mata penuh buat skuad Jang tapi turut dikongsi oleh B/R Football di Twitter hari ini.

 

Ketika catatan ini ditulis, 11.4k memberikan tanda like dan sebanyak 4,825 retweet dan mendapat 175 komen di Twitter.

Pemain gantian, Sean Selvaraj muncul wira skuad Hobin Jang Hobin apabila meledak gol kemenangan pasukannya menerusi rembatan jarak jauh menewaskan Samuel Someville buat kali ketiga.

NSFC mengukuhkan tangga ketiga liga dan mengutip 26 mata selepas mengharungi 14 perlawanan.