BINTANG skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid sekali lagi mencipta sejarah apabila aksi gol volinya bukan sahaja menjadi buah mulut dalam negara malah telah mendapat perhatian dunia.
Video gol voli Safawi ketika perlawanan persahabatan menentang Solomon Island di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 14 Jun lalu telah dikongsikan oleh FIFAcom melalui akaun Twitter rasmi dan mendapat 1,065 likes pengguna.
Unbelievable skills from Malaysia's Safawi Rasid 🇲🇾pic.twitter.com/7qHqo2y83l
— FIFA (@FIFAcom) June 30, 2023
Aksi bola tidak jejak tanah Safawi, 26, yang turut menyumbang kemenangan Malaysia pada malam itu sekali gus memukau mata semua penyokong yang menyaksikannya dan mendapat sokongan ramai agar dipertandingkan untuk anugerah Puskas Fifa.
Pastinya aksi Safawi Rashid akan terus menjadi siulan dalam kalangan peminat bola sepak dan tidak mustahil negara bakal menyaksikan sekali lagi wakil pemain dari negara yang akan memenangi anugerah Puskas Fifa.
Terdahulu, Malaysia juga pernah mencipta sejarah hasil anugerah yang dimenangi oleh Mohd Faiz Subri yang menjadi pemain bola sepak pertama di Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskas Fifa 2016.
Dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland itu menyaksikan pemain tengah yang bermain untuk Penang FC itu berdiri setanding dengan pemain bertaraf dunia seperti Cristiano Ronaldo.