GOLF Amatur Kebangsaan Perodua (PNAGS) terus melanjutkan tradisi penganjurannya buat kali keempat pada tahun ini.

Kejohanan berprestij edisi 2024 adalah yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan pemain golf amatur di Malaysia dan menariknya, ia akan diadakan di 14 lokasi negeri berbeza.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah hadir dalam menjayakan Majlis Pelancaran PNAGS yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club.

Hannah Yeoh bersama-sama di Majlis Pelancaran PNAGS.

Hannah Yeoh sempat memuji kepimpinan Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) Malaysia atas kejayaan dalam menganjurkan pertandingan ini secara konsisten selama 12 tahun berturut-turut.

“Perodua selalu syarikat pengeluar kenderaan yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan penganjuran PNAGS.

“Pihak KBS, Tourisma Malaysia dan MGA termasuk pembangunan sukan golf negara turut memberi kerjsama yang padu dalam menjayakan kejohanan ini,” ujarnya.

Sementara itu, Delta World selaku penganjur kejohanan ini menyatakan bahawa saingan PNAGS 2024 terbuka untuk pemain golf amatur lelaki dan wanita dengan menggunakan format ‘strokeplay’,” kata penganjur kejohanan ini dalam satu kenyataan terbuka.

Hannah Yeoh bersama dengan Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin (dua kanan); Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor (dua kiri); Presiden WAGC, Isac Saminathan (kanan) dan Pengerusi pertandingan, Lokman Ishak.

Saingan awal untuk kejohanan PNAGS 2024 akan dimulai di lapangan terkemuka, The Mines Resort & Golf Club pada 29 Februari untuk pusingan kelayakan peringkat Wilayah Persekutuan, manakala pusingan terakhir di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau, Sabah pada 17 Ogos.

Disusuli dengan perlawanan akhir PNAGS untuk peringkat kebangsaan akan diadakan di Forest City Golf Resort, Johor, dengan dua pusingan pada 8 hingga 10 September.

Juara pertandingan berpeluang mewakili negara dalam Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) di Phuket, Thailand, pada 26 Oktober hingga 3 November.