GOMBAK FA berjaya mendakap gelaran Liga Juara Selangor (SCL) 2023 selepas menundukkan Kg Bharu Boss 1-0 dalam perlawanan aksi di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Qamarul Ariffin memahat gol tunggal pada minit ke-50 sekali gus menghadiahkan kemenangan sensasi buat Gombak.

Malang menimpa Kg Bharu Boss kerana perlu beraksi dengan 10 pemain gara-gara Mohd Amin dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran pada minit ke-61.

“Tidurlah dengan tenang! Ini usaha kita, ini masa kita.

“Malam ini milik kita! Gombak FA Juara Selangor Champion League 2023,” menurut kenyataan kelab.

May be an image of 3 people, people playing football, people playing American football and text

 

Sebanyak 16 pasukan berentap dalam Liga Juara Selangor 2023 (SCL) yang bermula 30 September dan berakhir pada Ahad.

Memasuki edisi ketujuh, SCL yang diilhamkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, disertai lebih 500 pemain membabitkan 63 perlawanan.

Kejohanan tahun ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM14,000 untuk juara manakala naib juara menerima wang tunai RM8,000.