PASUKAN futsal, Gombak TOT United menafikan bahawa meraka berkait dengan pasukan bolasepak Liga A1 Semi-Pro, Gombak FC.

Perkara itu dijelaskan oleh pengurus pasukan Gombak TOT United, Hariz Fazilal dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, beliau menafikan penglibatan Gombak FC bersama dalam hal ini, dengan segala tuduhan melibatkan pasukan itu adalah tidak tepat dan tidak benar.

Tambahnya lagi, sebagai pemegang lesen penuh MPFL, mereka dalam proses untuk menyelesaikan isu gaji tertunggak melibatkan pemain dan pengurusan pasukan.

“Gombak TOT United akan menyelesaikan isu gaji tertungak melibatkan pemain dan pengurusan secara berperingkat bermula minggu hadapan sehingga bulan Ogos ini.

“Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Daerah Gombak yang banyak membantu kami di dalam saingan MPFL,” katanya dalam kenyataan media itu.

Sebelum ini, Gombak TOT United sedang bergelut dengan isu kewangan kronik sehingga menjejaskan ‘periuk nasi’ para pemain dan barisan kejurulatihan serta pengurusan.

Dikatakan para pemain sudah hampir memasuki tiga bulan tidak menerima sebarang bayaran gaji manakala empat bulan buat barisan jurulatih dan pengurusan.