FERRARI mendominasi sesi kelayakan Grand Prix Azerbaijan apabila pemandunya, Charles Leclerc mencatatkan masa terpantas sekaligus bakal memulakan perlumbaan pada petak utama untuk Grand Prix Azerbaijan pada Ahad.

Leclerc mencatat masa 1 minit 41.359 saat di Litar Jalanan Baku mendahului kedua pelumba Red Bull dengan Sergio Perez kedua manakala Max Verstappen bakal bermula di petak ketiga.

Lima pelumba, Kevin Magnussen, Alexander Albon, Nicolas Latifi, Lance Stroll dan Mick Schumacher tersingkir dari sesi kelayakan pertama dan akan memulakan perlumbaan di petak ke-16 hingga 20.

 

 

Lima lagi pelumba pula tersingkir pada sesi kelayakan kedua dengan Lando Norris, Daniel Riccardo, Esteban Ocon, Zhou Guanyu dan Valtteri Bottas akan memulakan perlumbaan di petak ke-11 hingga ke-15

10 pelumba terpantas bersaing dalam sesi kelayakan ketiga sebelum akhirnya Leclerc muncul pemandu terpantas untuk bermula pada petak hadapan buat kali keenam dan keempat berturut-turut musim ini.

 

“Ianya sangat bagus. Saya tidak menjangkakannya kerana saya rasakan Red Bull lebih pantas terutama di Q1 dan Q2, namun pada pusingan terakhir semuanya menjadi dan saya teruja untuk perlumbaan,” kata Leclerc selepas tamat sesi kelayakan.

Setelah kecewa beberapa kali dari petak hadapan, mampukah Leclerc memanfaatkan petak pertamanya untuk bergelar juara Grand Prix Azerbaijan. Perlumbaan ini akan berlangsung jam 7.00 malam Ahad waktu Malaysia.

Keputusan Sesi Kelayakan Grand Prix Azerbaijan:

1. Charles Leclerc – Ferrari

2. Sergio Perez – Red Bull

3. Max Verstappen – Red Bull

4. Carlos Sainz – Ferrari

5. George Russell – Mercedes

6. Pierre Gasly – Alpha Tauri

7. Lewis Hamilton – Mercedes

8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

9. Sebastian Vettel – Aston Martin

10. Fernando Alonso – Alpine

11. Lando Norris – McLaren

12. Daniel Riccardo – McLaren

13. Esteban Ocon – Alpine

14. Zhou Guanyu – Alfa Romeo

15. Valtteri Bottas – Alfa Romeo

16. Kevin Magnussen – Haas

17. Alexander Albon – Williams

18. Nicolas Latifi – Williams

19. Lance Stroll – Aston Martin

20. Mick Schumacher – Haas