PEMANDU Ferrari dan tuan rumah, Charles Leclerc mencatat masa terpantas dalam sesi latihan kedua Grand Prix Monaco mendahului rakan sepasukan Carlos Sainz dan pelumba Red Bull Sergio Perez dalam keadaan cuaca yang panas.
Ketiga-tiga pelumba ini beraksi baik di litar jalan raya klasik yang dianggap sebagai perlumbaan ‘crown jewel’ bagi Formula Satu (F1) ini dengan Leclerc turut menjadi pemandu terpantas pada sesi latihan pertama.
Pemenang GP Sepanyol minggu lalu, Max Verstappen keempat dengan Lando Norris kelima manakala George Russell keenam dalam sesi yang berlangsung pada sebelah petang selama satu jam.
Pierre Gasly menamatkan sesi latihan di tempat ketujuh dan Fernando Alonso meletakkan jenteranya, Alpine di tangga kelapan. Sebastian Vettel kesembilan terpantas dan Yuki Tsunoda melengkapkan 10 pelumba teratas.
Sesi kelayakan rasmi Grand Prix Monaco akan berlangsung hari ini dengan kesemua pelumba pasti mahu mendapatkan grid terbaik menjelang perlumbaan pada Ahad kerana kesukaran untuk memotong di Litar Monte Carlo ini.
Keputusan Sesi Latihan Kedua Grand Prix Monaco:
1. Charles Leclerc – Ferrari
2. Carlos Sainz – Ferrari
3. Sergio Perez – Red Bull
4. Max Verstappen – Red Bull
5. Lando Norris – McLaren
6. George Russell – Mercedes
7. Pierre Gasly – Alpha Tauri
8. Fernando Alonso – Alpine
9. Sebastian Vettel – Aston Martin
10. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
11. Kevin Magnussen – Haas
12. Lewis Hamilton – Mercedes
13. Valtteri Bottas – Alfa Romeo
14. Alexander Albon – Williams
15. Guanyu Zhou – Alfa Romeo
16. Lance Stroll – Aston Martin
17. Mick Schumacher – Haas
18. Esteban Ocon – Alpine
19. Nicolas Latifi – Williams
20. Daniel Riccardo – McLaren