PEMANDU Ferrari Charles Leclerc mencatat masa terpantas dalam sesi latihan kedua Grand Prix Sepanyol mendahului dua pelumba Mercedes George Russell dan Lewis Hamilton.

Sama seperti ketika sesi latihan pertama pada sebelah tengah hari, Leclerc memberikan hari pembukaan yang cemerlang buat Ferrari dengan Carlos Sainz keempat terpantas.

Kebanyakan pemandu mendapati penggunaan tayar yang tinggi terutama untuk tayar lembut di Litar Catalunya ini dengan suhu litar mencecah sehingga 30 darjah celcius.

Penyandang juara, Max Verstappen kelima manakala Fernando Alonso keenam. Sergio Perez menamatkan sesi latihan di tempat ketujuh dan Sebastian Vettel meletakkan Aston Martin beliau di tangga kelapan. Esteban Ocon dan Mick Schumacher melengkapkan 10 pelumba teratas.

Sesi kelayakan rasmi Grand Prix Sepanyol akan berlangsung hari ini dengan kesemua pelumba pasti mahu mendapatkan grid terbaik menjelang perlumbaan pada Ahad.

Keputusan Sesi Latihan Kedua Grand Prix Sepanyol:

1. Charles Leclerc – Ferrari

2. George Russell – Mercedes

3. Lewis Hamilton – Mercedes

4. Carlos Sainz – Ferrari

5. Max Verstappen – Red Bull

6. Fernando Alonso – Alpine

7. Sergio Perez – Red Bull

8. Sebastian Vettel – Aston Martin

9. Esteban Ocon – Alpine

10. Mick Schumacher – Haas

11. Pierre Gasly – Alpha Tauri

12. Kevin Magnussen – Haas

13. Lance Stroll – Aston Martin

14. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

15. Daniel Ricciardo – McLaren

16. Valtteri Bottas – Alfa Romeo

17. Guanyu Zhou – Alfa Romeo

18. Alex Albon – Williams

19. Nicolas Latifi – Williams

20. Lando Norris – McLaren