JURULATIH Amerika Syarikat (AS) Gregg Berhalter akui kekalahan 3-1 di pusingan 16 terakhir kepada Belanda amat sukar ditangani.

“Kami gagal hari ini, tapi bukan kerana kurang mencuba atau kurang berusaha,” kata Berhalter selepas tamat perlawanan.

Dia menegaskan pemainnya sudah mencurahkan segala-galanya di padang namun nasib tidak menyebelahi, mereka tewas.

Berhalter menenangkan pemainnya.

“Amat sukar untuk tangani mereka yang sangat kompak. Saya tetap berbangga dengan prestasi pemain saya,” katanya.

Tambahnya, pasukan bimbingannya mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain, mereka cuma kecewa dengan kekalahan kepada Belanda.

“Saya rasa kami telah membuat sedikit kemajuan. Anda tahu, saya fikir apabila orang melihat pasukan kami, mereka melihat identiti yang jelas, mereka melihat sekumpulan lelaki yang keluar dan berjuang untuk satu sama lain.

“Mereka melihat bakat di atas padang. Jadi, kami membuat kemajuan. Tetapi pada malam ini, kami gagal,” katanya.