PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah mendedahkan, dia tidak sabar untuk memulakan musim baru dengan JDT Racing Team tahun depan.

Hafizh Syahrin, 29, yang turut serta dalam sambutan Decade Of Dominance semasa perlawanan terakhir JDT membelasah Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim Sabtu lepas akui kagum bentuk sokongan daripada peminat sukan bola sepak kelab berkenaan.

“Suasana sambutan peminat Harimau Selatan membuatkan saya merinding dan menjadi sebahagian daripada keluarga JDT sangat mengagumkan saya sangat menghargainya.

“Menjunjung kasih Tuanku, Tunku Mahkota Johor,” kata Hafizh pernah beraksi di pentas tertinggi MotoGP.

May be an image of 5 people and suit

Oktober lalu, JDT mengumumkan niat untuk memasuki arena perlumbaan motosikal dengan pelumba terkemuka Malaysia itu.

JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.