PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli memperoleh rangsangan hebat untuk kempen Eropahnya selepas muncul naib juara dalam Perlumbaan 2 pusingan pembukaan European Talent Cup (ETC) dalam Kejohanan FIM JuniorGP di Estoril, Portugal.
Terdahulu dalam Perlumbaan 1, Hakim Danish yang menunggang SIC Racing Team, menamatkan perlumbaan 16 pusingan dalam masa 28: 53.117. Pelumba Sepanyol, Joel Esteban memenangi perlumbaan untuk Aspar Junior Team dengan 28: 38.972.
Rakan sepasukan Itali, Dodo Boggio berada di tempat kedua dengan 28: 52.662 manakala Guido Pini dari Itali, menunggang AC Racing Team, melepasi garisan penamat di tempat ketiga dalam 28: 52.699. Hakim Danish bermula dari tempat ke-10 untuk grid.
“Kedudukan keseluruhan di tempat ke-2 dengan 31 mata. Teruskan #FullGas untuk pusingan akan datang dan Malaysia boleh!
“Danish, rider dari SIC Racing berada di tempat ke-5 pada Perlumbaan 1 ,” petik ciapan Twitter KBSMalaysia.
Kategori ETC adalah sebahagian daripada kejuaraan FIM JuniorGP dan Hakim hadir ke Eropah dengan momentum yang baik selepas dua kemenangan meyakinkan pada perlawanan pertama European Talent Cup (ATC) di Litar Mandalika di Indonesia pada Mac.