PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli kelihatan tidak gembira dan terpaksa berpuas hati selepas menamatkan perlumbaan pusingan 2 di kedudukan ke-13 Kejuaraan FIM JuniorGP di Litar Ricardo Tormo, Valencia, pada awal pagi Isnin.
Pada saingan tersebut, Hakim Danish yang memulakan di petak ke-27 bersama pasukan Monlau Motul tampil dengan tunggangan terbaik apabila berjaya memintas seorang demi seorang pelumba untuk berada tempat ketujuh.
Malangnya, berlaku sedikit contact pelumba berusia 16 tahun itu dengan pelumba lain sehingga dirinya hilang posisi dan berakhir di kedudukan ke-11.
“Perlumbaan 1 bermula agak baik dari petak 27 saya naik ke tempat ke-7. Perlumbaan 2 saya tidak mendapat permulaan yang baik, group hadapan mula ada gap membuatkan saya sukar untuk kejar dan finish P13.
“Keputusan yang tidak berapa gembira buat saya namun saya tidak akan berputus asa untuk terus perbaiki diri untuk lebih kuat lagi di perlumbaan berikutnya.
“Terima kasih kepada pasukan saya, keluarga saya, semua penaja dan semua yang menyokong,” katanya yang berasal dari Terengganu
ARTIKEL BERKAITAN : Hakim Danish bermula petak terakhir saingan di Valencia, tetap bersemangat buru podium
Hakim Danish boleh menebus semula kehampaannya menjelang Pusingan 3 berikutnya yang akan berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol pada 2 hingga 4 Jun depan sementara Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dijadualkan pada 30 Jun hingga 2 Julai 2023.