PEMAJU hartanah terkemuka, IJM Land, meraikan pencapaian penting sempena tahun ke-10 penganjuran IJM Land Half Marathon 2024 di Dataran Centrio, Seremban 2 baru-baru ini.

Edisi tahun ini bertemakan 10 Years of Miles, 10 Years of Memories meraikan semangat kecergasan, hubungan persaudaraan dan penglibatan komuniti.

Acara ini telah menarik 12,000 peserta, mencerminkan dengan sempurna slogan Run Together, Bond Stronger yang menunjukkan kekuatan komuniti dan kesejahteraan dalam kalangan peserta.

Kejohanan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Haji Aminuddin Harun dan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali, serta tetamu-tetamu lain, bersama wakil-wakil pengurusan IJM Land, Datuk Tony Ling Thou Lung, Ketua Pegawai Operasi IJM Land Berhad; dan Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad.

Exco Kerajaan Negeri, Teo Kok Seong (kiri), Penolong Pengurus Besar IJM Land Berhad, Yeoh Oon Tat menyampaikan hadiah kepada pemenang 12km Terbuka Lelaki.

“IJM Land Half Marathon telah menjadi acara tahunan yang sangat dinanti-nantikan. Kami amat berbangga untuk meraikan satu dekad acara ini yang mengukuhkan komitmen kami terhadap kesihatan dan kemasyarakatan

“Kami berpeluang meraikan ulang tahun ke-10 ini atas hasil sokongan daripada komuniti dan para pelari yang sentiasa memberikan sokongan padu. Kami amat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan dan kehadiran orang ramai untuk mencapai matlamat kesihatan dan perpaduan,” kata Kian Soon.

IJM Land Half Marathon 2024 menawarkan pelbagai kategori, termasuk Separuh Marathon 21KM (Half Marathon), Larian 12KM, dan Larian Santai 5KM (Fun Run).

Selain menjadi platform untuk kecemerlangan sukan, IJM Land Half Marathon juga berperanan sebagai platform kebajikan,menyumbangkan RM30,000 kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Persatuan

Penyakit Lisosom Malaysia (MLDA), serta RM12,500 kepada Pertubuhan Artritis Negeri Sembilan (PANS), dengan jumlah keseluruhan RM42,500.

Tony Ling (dua, kiri) memegang Jalur Gemilang bersama Aminuddin (tengah) semasa majlis penyampaian hadiah.

Selain itu, IJM Land turut menyampaikan cek simbolik sebanyak RM50,000 kepada Aminuddin,menekankan peranan IJM Land sebagai rakan strategik dalam Program Anjuran Kerajaan Negeri Sembilan.

“Acara ini bukan sahaja menggalakkan kecergasan fizikal, tetapi juga mencerminkan komitmen kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dalam menyokong tujuan amal dan kelestarian alam sekitar.

“Kami menjemput semua untuk terus menyokong IJM Land Half Marathon dan sertai kami sambil kami mencipta kenangan baharu untuk tahun-tahun yang akan datang. Bersama-sama, kita boleh memberi impak yang positif kepada komuniti demi kesejahteraan orang ramai,” katanya lagi.