PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menyerahkan jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.

Menerusi hantaran di Facebook FAM pada Ahad, TYT Tun Seri Setia turut hadir memberi sokongan menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Laos 5-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

 

Pemberian jersi ini sebagai tanda penghargaan FAM kepada TYT Tun Seri Setia yang sentiasa berterusan memberi sokongan padu terhadap bola sepak negara.

Hadir sama menyaksikan perlawanan semalam ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim.