PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia akan ‘100 peratus’ terbuka untuk menjadi rakan sepasukan Max Verstappen tetapi mendakwa pemandu Red Bull itu tidak mahu mengambilnya sebagai rakan sepasukan dalam kenderaan yang sama.

Ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner, berkata wakil Hamilton menghubungi Red Bull awal tahun ini sebelum juara tujuh kali itu menandatangani pembaharuan kontrak dua tahun dengan Mercedes pada bulan Ogos.

Hamilton, yang bersama dengan Mercedes sejak tahun 2013, mendakwa sebaliknya dan Horner yang menghubunginya.

Dakwaan dan bantahan itu membangkitkan banyak pertanyaan di Abu Dhabi sama ada kemungkinan untuk pemenang beberapa kali, Hamilton dan Verstappen, yang terlibat dalam perebutan sengit untuk gelaran dunia pada tahun 2021, berpasukan dalam satu pasukan yang sama.

Image

Sangat jarang dilihat dalam sejarah F1 dua pemandu terbaik dalam sukan itu berpasukan, walaupun Hamilton berpengalaman berhadapan dengan Fernando Alonso di McLaren ketika debut pada tahun 2007 dan juga berpasukan dengan juara dunia, Jenson Button dan Nico Rosberg.

“Saya 100 peratus akan lebih gembira untuk berlumba dengannya (Verstappen) dalam kenderaan yang sama. Bagi saya, Red Bull telah melakukan yang terbaik dan ini adalah pasukan yang luar biasa. Dan mana-mana pemandu pasti suka memandu untuk sekumpulan orang yang hebat ini.”

“Saya rasa berpindah dari kereta yang tidak begitu hebat kepada kereta yang memenangi perlumbaan, dari perspektif saya, itu bukanlah impian. Impian sebenarnya adalah sentiasa bermula dari di mana kita berada sekarang dan membangun sehingga akhirnya menang. Itulah sebabnya saya masih bersama Mercedes,” kata Hamilton kepada Sky Sports F1.

Dia menambah kepada media bertulis di Abu Dhabi: “Saya tidak rasa dia mahu saya menjadi rakan sepasukannya.”

Awal tahun ini, Hamilton menyatakan bahawa semua rakan sepasukannya dalam F1 lebih kuat berbanding pemandu yang pernah bergandingan dengan Verstappen.

Verstappen memberi respon dengan berkata “mungkin Hamilton sedikit cemburu” dengan kejayaannya selepas musim yang memecah rekod bagi pemandu Belanda itu.

Ditanya di Abu Dhabi tentang kemungkinan menjadi rakan sepasukan Hamilton pada masa hadapan oleh Sky Sports F1, Verstappen berkata: “Saya tidak kisah.”

“Tidak mengapa, sesiapa pun… tidak mahu mengatakannya khusus kepada Lewis. Terdapat banyak pemandu hebat juga. Kadang-kadang ia tidak berjalan seperti itu.”

Anthony Davidson dari Sky Sports F1 mengatakan ia akan menjadi “tontonan hebat” jika Hamilton dan Verstappen berada dalam kenderaan yang sama tetapi tidak berharap ia akan berlaku.

Selepas keseronokan di Las Vegas, Formula 1 kini menuju ke Litar Yas Marina di Abu Dhabi untuk penutup musim 2023 dan satu lagi persembahan menakjubkan