MANCHESTER City tampil gagah dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara dengan menumpaskan Real Madrid 4-0. Keputusan yang menarik serta luar biasa untuk The Citizens.

Man City dan Madrid bertembung di Stadium Etihad, awal pagi Khamis tadi dengan kedua-dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan pertama di Santiago Bernabeu.

Bernardo Silva membawa Man City mendahului 2-0 menerusi dua jaringan pada separuh masa pertama. Gol Manuel Akanji dan gol Julian Alvarez pada separuh masa kedua menambah derita Los Blancos, yang menjadikan Man City menang 4-0.

Man City mara ke final dengan menang agregat 5-1. Keputusan perlawanan kedua benar-benar luar biasa buat Man City, tambahan pula Madrid adalah raja Liga Juara-Juara dan juara bertahan.

“Ia adalah malam yang indah untuk kami. Kami tahu ia sukar, tetapi untuk menewaskan pasukan Real Madrid ini 4-0 di tempat sendiri adalah hebat. Semoga kami akan menjadi juara,” kata Bernardo Silva kepada BT Sport.

Madrid kelihatan semakin tidak berdaya dengan statistik buruk. Anak buah Carlo Ancelotti hanya menguasai 40 peratus penguasaan bola dan Man City 60 peratus.

Los Bloancos juga hanya melepaskan tujuh percubaan dengan tiga tepat ke gawang dan satu terkena palang. Man City melakukan 16 percubaan dengan lapan percubaan menjaringkan gol.

“Kami tahu betapa sukarnya Madrid. Mereka memberi tekanan kepada kami tetapi kami sangat sukar, kami bersemangat tetapi teratur pada masa itu,” tegasnya.

Man City bertemu Inter Milan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2022/2023. Pertembungan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul pada 11 Jun 2023.