PERJALANAN penuh berliku buat atlet angkat berat negara, Muhd Aniq Kasdan yang terlepas peluang meraih pingat gangsa dalam temasya Olimpik Paris 2024.

Jagoan negara yang baru berusia 23 tahun itu berjaya membuat angkatan seberat 130 kiligram (KG) dalam snatch sebelum mengukuhkan kedudukan menyempurnakan angkatan 172 kg bagi clean and jerk.

Bagaimanapun, cubaan seterusnya iaitu angkatan 174 kg tidak berjaya disempurkan oleh Aniq, sekali gus meletakkan dirinya di kedudukan keempat, malah beza satu kg sahaja dengan atlet Amerika Syarikat, Hampton Morris.

Ia menyaksikan Aniq terpaksa mengakhiri rekod angkatan keseluruhannya sebanyak 297 kg. Ia turut menyumbang kepada rekod kebangsaan baharu setelah menewaskan rekod lama diciptanya iaitu 296 kg.

Untuk tambahan, Fabin Li dari China terus mempertahankan takhta juara Olimpik dengan angkatan keseluruhan seberat 310 kg. Bagaimanapun, dia tetap tidak berhasil untuk memperbaharui rekod Olimpik Tokyo 2020-nya, seberat 313 kg.