SKUAD Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro menamatkan kem latihan intensif di Doha, Qatar selama dua minggu yang bermula sejak 10 April 2023.
Skuad B-17 kebangsaan itu mengharungi keseluruhan enam perlawanan persahabatan dengan meraih lima kemenangan dan satu kekalahan iaitu tewas 1-0 kepada Akademi Aspire B-17 pada aksi terakhir, malam tadi.
Para pemain akan berehat selama seminggu bermula Jumaat sebaik setibanya mereka di tanah air dan kembali melapor diri di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang, Pahang pada 28 April depan.