BERSEMPENA pelancaran filem Selamanya Harimau Malaya yang akan mula ditayangkan di pawagam 15 Ogos ini, penerbit film tersebut, 4ward Entertainment, menganjurkan satu pertandingan bola sepak peringkat umur bawah (B) 10 tahun dan B-12 tahun.
Pertandingan yang dinamakan sebagai Harimau Malaya Junior Cup ini akan berlangsung di empat zon berasingan di Penang (Zon Utara), Kertih (Zon Timur), Johor Baharu (Zon Selatan) dan Kuala Lumpur (Zon Tengah).
Peringkat Zon Utara dan Zon Timur akan berlangsung pada 20 Julai 2024 manakala Zon Selatan dan Zon Tengah akan berlangsung pada 27 Julai 2024.
Empat pasukan terbaik dari setiap zon akan layak ke peringkat Grand Final yang akan berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Subang, Selangor.
Juara peringkat Grand Final akan mendapat tajaan dari 4ward Entertainment untuk dibawa ke luar negara untuk bermain perlawanan persahabatan.
Selain dari itu satu perlawanan pertunjukan melibatkan artis, selebriti dan bekas pemain turut akan diadakan sempena Grand Final tersebut.
Sama-sama kita meriahkan Harimau Malaya Cup di venue-venue yang berdekatan dan menonton filem Selamanya Harimau Malaya yang akan ditayangkan di peawagam seluruh negara bermula 15 Ogos 2024.