PASUKAN bola sepak Malaysia berjaya mendaki satu anak tangga untuk berada dalam kedudukan ke-134 dunia.
Menerusi kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) hari ini, Harimau Malaya berjaya melonjak satu anak tangga berbanding 135 pada kemas kini terdahulu pada 20 Jun lalu.
Antara faktor ranking Malaysia melonjak satu anak tangga ialah kerana kejatuhan mendadak pasukan Kepulauan Soloman dalam ranking Fifa.
Kepulauan Soloman sebelum ini menduduki ranking ke-133 dunia pada bulan lalu namun beberapa siri kekalahan dalam kejohanan Piala Negara-Negara OFC menyaksikan kedudukan mereka jatuh ke ranking ke-141 dunia.
Kenaikan Malaysia dalam ranking FIFA seolah-olah merupakan hadiah terakhir bekas jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon kepada penyokong Malaysia.
Kemas kini seterusnya untuk kedudukan ranking FIFA akan dibuat pada 19 September ini. Diharapkan jurulatih sementara negara, Pau Marti Vicente dapat untuk menaikkan lagi ranking negara dalam ke tahap yang lebih tinggi.