SKUAD Harimau Malaya mendaki satu anak tangga dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Berdasarkan kemas kini terbaharu badan induk itu, skuad kendalian Kim Pan Gon berada di kedudukan ke-145 dunia berbanding 146 sebelum ini.
Semalam, skuad bola sepak kebangsaan menang 1-0 mengatasi Myanmar dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.
Malaysia yang mengumpul 1066.6 mata keseluruhan berada di tangga ke-25 bagi ranking Asia dan keempat di ASEAN di belakang Vietnam (96), Thailand (111), dan Filipina (134).
Brazil kekal di kedudukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1841.3 mata diikuti juara Piala Dunia, Argentina dan ketiga Perancis.
Kemaskini kedudukan ranking FIFA seterusnya adalah pada 6 April 2023.