LIVERPOOL FC bakal memperbaharui kontrak pemain tengah muda, Harvey Daniel James Elliott sebagai hadiah kerana berjaya menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang berada dalam skuad utama The Reds.
Pemain berusia 19 tahun itu sebelum ini telah menandatangani kontrak sehingga 2026 bersama kelab itu, namun kini pengurusan bercadang memperbaharui tawaran itu untuk kontrak yang lebih lama dan menaikkan gaji mingguannya dalam pasukan Liverpool FC.
Arkitek tengah itu juga mampu menyumbangkan khidmatnya di bahagian sayap dan bakal bersaing untuk mengisi kesebelasan utama dalam kelab tersebut.
Kecederaan Hamstring Thiago Alcantara telah membuka peluang kepada pemain muda itu untuk mengisi slot tersebut dan bakal bergandingan bersama Fabinho dan Jordan Henderson.
Bagaimanapun, Elliott harus berada pada prestasi terbaik kerana bakal menerima cabaran hebat dari pemain yang berada dalam radar Klopp iaitu Fabio Carvalho dan James Milner.
Kariernya hampir musnah setelah diterjah dengan keras pemain Leeds United, Pascal Struijk mengakibatkan pemain itu harus menjalani pembedahan buku lali.
Untuk rekod, dia telah menjaringkan 7 gol, 11 assists dalam 41 perlawanan bersama kelab loannya, Blackburn sebelum kembali bersama The Reds awal musim lepas. Kepulangannya diiringi kejayaan manis dengan merangkul kejuaraan Piala FA dan Piala Carabao.