PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS)  mengumumkan pelantikan Hasnandi Mohamad Jennis selaku Setiausaha Agung baharu untuk badan induk negeri itu.

Pelantikan berkenaan sekali gus bagi menggantikan Paza Dan yang meletakkan jawatan.

“FAS ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Paza atas segala bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan selama berkhidmat bersama FAS.

“Selamat maju jaya buat Paza Dan dan selamat bertugas buat Hasnandi Mohamad Jennis,” menurut kenyataan itu.