MENJELANG aksi final Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakukan kejutan apabila mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain import baharu dari Brazil, Heberty Fernandez ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.
Pada Khamis ketika menjawab soalan daripada penyokong secara langsung di laman Facebook rasmi kelab, Tunkun Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan akan membawa masuk seorang lagi pemain baharu bagi memantapkan lagi pasukan.
Ini selepas seorang lagi penyerang Brazil, Diogo Luis Santo disahkan mengalami kecederaan panjang dan terpaksa disisihkan dari pasukan untuk beberapa bulan.
Welcome to the Home of the Southern Tigers! 💙❤️#Heberty#NewSigning#JDTFamily#WhatCanYouDo pic.twitter.com/hvn2nPvKkA
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 21, 2023
Berita kemasukan Heberty ke JDT diumumkan menerusi hantaran di laman sosial media rasmi kelab dengan ‘trademark’ pemain itu turun dari limosin mewah.
Harimau Selatan membawa masuk Heberty dari Liga 1 Thailand dengan kali terakhir beraksi bersama kelab Bangkok United FC di mana dia menjaringkan 35 gol dari 75 penampilan.
Selain Bangkok United, Heberty pernah mewakili Ratchaburi Mitr Phol, Muangthong United dan Port FC hingga muncul sebagai salah seorang penyerang import paling prolifik di Liga Thailand dengan 169 gol dari 284 perlawanan.
Kehadiran Heberty ke Iskandar Puteri sudah pasti akan menambah sengat jentera serangan Harimau Selatan dan ini bertepatan dengan persediaan JDT untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC musim ini.