PEMAIN kelahiran Brazil, Helio Caneiro mengucapkan selamat tinggal di laman Facebooknya setelah kontraknya bersama JDT Futsal berakhir pada 30 Jun.

Helio,33, yang berpindah dari Selangor TOT United (kini dikenali sebagai Gombak TOT United) ke JDT Futsal pada musim 2024, telah membantu pasukan meraih tujuh kemenangan dan menduduki tangga teratas dalam MPFL Division 1 2024.

“Kontrak saya dengan JDT berakhir bulan ini dan saya meninggalkan pasukan dengan misi yang telah diselesaikan, dengan kepastian bahawa saya sentiasa memberikan yang terbaik.

“Kami meraih tujuh kemenangan dalam tujuh perlawanan rasmi, 100 peratus kejayaan, dan menduduki tempat pertama dengan kelebihan 5 mata ke atas pasukan di tempat kedua

“Saya mengucapkan semoga berjaya kepada kelab dan rakan-rakan yang saya kenali di sini,” kata Helio.

Bagaimanapun, Helio dijangka akan kembali bermain dengan kelab dalam Liga Futsal Thailand pada musim 2024/25 yang akan bermula bulan depan.