PENGULAS dan bekas penyerang antarabangsa Jerman, Sandro Wagner meminta maaf di atas kenyataannya yang disifatkan hilang pertimbangan ketika mengulas aksi Piala Dunia antara Jerman dan Sepanyol di televisyen Jerman, ZDF.
Wagner berkata, pada perlawanan minit ke-79 dia mengungkapkan pertama kali percaya jubah putih panjang tradisional Qatar yang dipanggil thawb adalah pakaian mandi.
“Saya fikir sebelum ini seluruh sudut penuh dengan peminat Jerman. Kemudian saya menyedari ia adalah jubah mandi Qatar,” kata Wagner.
Wagner menyatakan permohonan maaf di laman sosial, Twitter.
“Ia adalah kenyataan yang tidak difikirkan sebaiknya. Ia kata-kata yang tidak sesuai yang lebih baik saya tidak katakan. Jika ada yang berasa tersinggung. Maaf, bukan itu niat saya,” katanya.
ZDF sportstudio menerusi Twitternya turut memuat naik permohonan maaf Wagner.
ZDF-Experte Sandro Wagner äußert sich zu seiner Aussage über die Thawbs während der Übertragung des gestrigen Spiels Spanien vs. Deutschland im @ZDF. pic.twitter.com/RaB09LiiB4
— ZDF sportstudio (@sportstudio) November 28, 2022
Beliau yang berusia 34 tahun beraksi lapan kali bersama Jerman sebelum bersara pada 2020.
ZDF mengeluarkan kenyataan tidak akan ada tindakan lanjut untuk Wagner, yang akan sekali lagi mengulas perlawanan membabitkan Poland dan Argentina. – Reuters