JENAMA produk pakaian sukan berprestasi tinggi dari Perancis, Hoka mengembangkan inovasi penerokaan jenamanya menerusi pembukaan sebuah pusat yang diberi nama Hoka Flylab.
Menumpukan kepada pemasaran kasut berprestasi tinggi, pusat inovasi Hoka Flylab dibuka di Esplanade, KLCC Park selama seminggu dari 20 hingga 26 Mei, bertujuan memberi peluang kepada penggiat larian dan juga penggemar kasut sukan, mengenali kasut buatan Hoka dengan lebih dekat.
Di Hoka Flylab, pengunjung bukan hanya dapat melihat pameran kasut dengan rekaan menarik, malah dapat mempelajari teknologi yang digunakan dalam pembuatan serta manfaat kepada pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Edisi REV, Pornsak Chinawongwatana berkata, pihaknya amat teruja membawa FlyLAB ke Kuala Lumpur, sekali gus dapat berkongsi apakah Hoka yang sebenar.
“Menerusi inovasi ini, kami mahu berkongsi kegembiraan dan menginspirasi komuniti sambil menggalakkan gaya hidup aktif dengan penuh keyakinan,” katanya.
Menerusi FlyLAB Hoka menjanjikan pengalaman penerokaan yang hebat didorong semangat perlumbaan tanpa batasan.
Ia juga menjanjikan pengalaman penuh mengasyikkan yang mengajak komuniti berkongsi pengalaman dan keseronokan.
Dalam pada itu, pelbagai acara dianjurkan sepanjang seminggu FlyLAB dibuka termasuk Larian Kelab Hoka (HRC) dan pembabitan Institut Sukan Negara (ISN).
Melambangkan komitmen Hoka, Skyward X ditonjilkan sebagai tanda gabungan reka bentuk maksima menggunakan teknologi revolusi suspensi yang menampilkan Active Foot FrameTM berasaskan PEBA iaitu rangkaian istimewa jenama MetaRockerTM.
FlyLAB juga membawa kemeriahan buat pengunjung dan penyokong setia Hoka dengan membawa selebriti, demonstrasi produk serta pelbagai pengalaman interaktif.